10 orang maut manakala lebih 30 yang lain cedera parah apabila sebuah kereta dipenuhi bahan letupan merempuh sebuah restoran popular di ibu kota Somalia pada Jumaat malam.<br />Menurut jurucakap polis, Sadiq Ali, letupan itu adalah merupakan tindakan pengganas yang dikaitkan dengan golongan Al-Qaeda yang sering menyasarkan kawasan Mogadishu.